advertisement : PROTON scholarship

>> Wednesday, April 20, 2011


Yayasan Proton Scholarship Award 2011


Introduction


PROTON Holdings Berhad through YAYASAN PROTON would like to invite STPM/Matriculation

/Diploma students entering Degree Program for the year 2011 and 1st year Degree Program

students in helping deserving individuals to realize their dream through education.


Type Of Scholarship


There are 3 Scholarship Programs / Categories:?


1. Students with Academic Excellence

  • CGPA of 3.5 and above
  • Possess strong leadership traits and good communication skills/proficient in English
  • Active in extra?curricular activities

2. Students from Deserving Family

  • CGPA of 3.0 and above
  • Family income of less than RM1,500 per capita

3. Students who are Children of PROTON Employees

  • CGPA of 2.8 and above
  • Parent/(s) must have served PROTON for more than 3 years


Eligibility


  • Students must possess excellent SPM examination results, including distinction in BM, English and Mathematics
  • Students must not be recipients of other sponsorship/loans/financial assistance from any other organization or educational institutions
  • This scholarship is valid only for Malaysian citizens pursuing related Degree at local public or private universities only
  • Students will be bonded and must be willing to serve PROTON for a specified period upon completion of studies
  • Final selection will be based on interview or assessment


Scholarship Value


  • Full academic & tuition fees
  • Subsistence allowance of RM6,600 per annum
  • Laptop / Notebook
  • Paid internship / attachment program


Fields of Study


  • Engineering (Automotive, Mechanical, Electrical, Manufacturing, Mechatronic, Software)
  • Accountancy / Finance / Economics / Marketing
  • Business Administration / Management
  • Information Technology


How To Apply


The complete application form with relevant documents should be sent to below address:


YAYASAN PROTON, GROUP HUMAN RESOURCE

PROTON HOLDINGS BERHAD

HICOM Industrial Estate

Jalan Puchong?Shah Alam

Seksyen 26

40000 Shah Alam

SELANGOR DARUL EHSAN

www.proton.com


Dateline


Closing date for application is 30 APRIL, 2011



Read more...

Iftar Jamaie dan Solat Hajat

>> Wednesday, April 13, 2011






Tentatif Program:


6:30 ptg : Ketibaan para pelajar & pensyarah

7:00 mlm : Ucapan pembuka majlis
Ucapan Exco Pembangunan Insan
Ucapan Ketua Exco
Ucapan Wakil Pengarah

7:20 mlm : Berbuka Puasa

7:30 mlm : Soalt Maghrib
Solat Hajat

8:00 mlm : Motivation Talk

8:30 mlm : Solat Isya'

8:45 mlm : Bacaan Doa Wehdah

9:15 mlm : Bersurai



Anjuran Exco Pembangunan Insan
dengan kerjasama
semua Pelajar Tahun 1 Perakaunan
Fakulti Ekonomi dan Muamalat


Read more...

Petua Menjadi Pelajar Cemerlang Menurut Al-Quran

>> Saturday, April 9, 2011


Anda inginkan petua-petua untuk menjadi pelajar cemerlang walau di mana sahaja anda berada?
Apa kata kita renungkan kembali beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah Al-Mu'minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran.
01.Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT 
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]
Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah.
02.Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati
"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2]
Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.
03.Prioriti. Mengutamakan apa yang utama.
"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)." [23:3]
Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton drama, bersembang di Facebook dan seumpanya sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan. 
Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum.
Namun, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.
Kita dikehendaki menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat pensyarah/guru kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT.
04.Prihatin sesama kita
"dan orang-orang yang menunaikan zakat." [23:4]
Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, samada ilmu, kertas-kertas soalan tahun lepas dan lain-lain. Sharing is caring.
05.Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan
"dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." [23:5,6,7]
Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan studi berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tertekan je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda.
Padahal Allah SWT kan sentiasa ada, sentiasa melindungi dan sentiasa menolong jika kita mencari dan meminta pada-Nya.
06.Jujur, amanah
" dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya."[23:8]
Bukankah kita telah berjanji dengan pihak penaja dan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana?
Elakkan menipu ketika peperiksaan. Andai penjaga peperiksaan meminta kita berhenti menulis kerana masa sudah tamat, jangan pula kita terus menulis. Sebaliknya sebutlah "Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil 'azim."
07.Tepati waktu
"dan orang-orang yang memelihara solatnya." [23:9]
Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang pelajar Muslim ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan.
Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk akademik semata-mata. Penekanan utama dalam ayat tersebut supaya kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT kerana kita akan kembali mengadap-Nya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah SWT dan merebut peluang mewarisi syurga-Nya.
" Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Iaitu yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal didalamnya." [23:10,11]
" ....Maka di antara manusia ada yang berdoa: 'Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia.' Dan tiadalah baginya bahagian di akhirat."[2:200]
"Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka." [2:201]
"Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah sangat cepat perhitungannya." [2:202]
SELAMAT MEMPERSIAPKAN DIRI UTK PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 2 2010/2011

Read more...

Iklan: Program Kebajikan

>> Sunday, April 3, 2011


PERHATIAN! PERHATIAN!



Dengan ini, adalah dimaklumkan bahawa exco kebajikan + kaunseling akan mengadakan sebuah program menambah pahala!






Ayuh bersama!


"Program Kebajikan Bersama Warga Emas."

Tarikh : 16 APRIL 2011

Masa : 7.30 pg - 2.00 ptg

Tempat : Rumah Sri Kenangan, Seremban

Peserta : Terbuka kepada semua Pelajar Perakaunan tahun 1, 2010/2011

(kuota 90 orang termasuk 2 pensyarah )

Pengangkutan : 2 buah bas usim akan disediakan..



(TENTATIF DAN PENGISIAN PROGRAM)



16 APRIL 2011

7.30 a.m : Pelajar berkumpul di Kolej Kediaman

8.00 a.m : Bertolak ke Rumah Seri Kenangan

9.00 a.m : Tiba di Rumah Seri Kenangan

Taklimat program.

Minum pagi.

9.30 a.m : Perlaksanaan aktiviti amal kebajikan

i. Wad terlantar

ii. Dewan makan dan asrama

iii. Lukisan dinding (mural)

11.30 a.m : Berkumpul di dewan makan (menyediakan makanan kepada penghuni )

12.30 p.m : Mengemas Dewan Makan.

1.00 p.m : Berkumpul di Dewan Besar untuk makan tengahari.

1.40 p.m : Solat Zohor.

2.00 p.m : Bersurai dan bertolak balik ke USIM

3.00 p.m : Dijangka tiba di USIM


Ada bayar?

Tak payah bayar lah...free je..



----barangsiapa yang berminat untuk menyertai aktiviti ini, bolehlah mengisi nama pada borang/kertas yang akan diedarkan mulai isnin ini di dalam dewan kuliah fakulti FEM----



siapa lambat, dia tak dapat....=)



Read more...

Pesta Buku 2011

>> Saturday, April 2, 2011

Kuala Lumpur International Book Fair 2011




budayakan budaya membaca,
budayakan budaya ilmu (n_n)

let's go !
hayya nazhab!
jom serang!!

Read more...

BNM monetary policy & Economy Report 2010

About This Blog

One of the way to share and care.



Uploaded with ImageShack.us

If you have any ideas or suggestion or you want to be part of the author, please do so by email it to accounting_link@yahoo.com

our subjects


1) Accounting Information System (AIS)

2) Cost accounting

3) Intermediate Accounting

4) Business Mathematics

5) Tarikh wa tasyrik

6) Usul Fiqh

7) Organizational Behaviour

8) Business Law

About This Blog

exco Pembangunan insan
exco Akademik
exco Kebajikan
exco Sukan
exco Hubungan luar
exco Teknikal
exco Sokongan

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP